Itali siasat Menteri Keselamatan Israel berhubung layanan terhadap aktivis flotila

2026-06-09    HaiPress

Anggota delegasi Mexico bagi Global Sumud Flotilla membakar gambar Itamar Ben-Gvir semasa satu protes di luar Kedutaan Israel di Mexico City pada 27 Mei lalu. Foto REUTERS

ROM,9 Jun – Pihak berkuasa Itali melancarkan siasatan terhadap Menteri Keselamatan Israel,Itamar Ben-Gvir,berhubung layanan terhadap aktivis flotila bantuan Gaza pada pertengahan Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Kontroversi tercetus selepas satu video yang dimuat naik oleh Ben-Gvir didakwa menunjukkan aktivis flotila yang ditahan dilayan secara memalukan.

Rakaman itu mencetuskan kecaman dan kemarahan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu,sebagai reaksi terhadap siasatan yang dijalankan oleh Itali,Ben-Gvir menyindir menerusi platform media sosial X dengan berkata,“Negara berbentuk but itu telah bertukar menjadi negara selipar.”

Dalam perkembangan berkaitan,pihak pendakwa antikeganasan Perancis turut membuka siasatan berhubung dakwaan penyeksaan dan jenayah perang yang dikaitkan dengan layanan kontroversi Israel terhadap aktivis-aktivis berkenaan.

Bagaimanapun,Israel menafikan dakwaan berlakunya keganasan fizikal dan seksual terhadap mereka yang ditahan.

Sementara itu,Perancis telah mengenakan larangan kemasukan terhadap Ben-Gvir. Menteri Luar Israel,Gideon Sa’ar,serta Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu,turut dilaporkan mengecam tingkah laku Ben-Gvir dalam isu berkenaan.

Kes ini dijangka menambah tekanan diplomatik terhadap Israel ketika negara haram itu terus berdepan kritikan antarabangsa berhubung konflik di Gaza dan layanan terhadap aktivis kemanusiaan yang cuba menyalurkan bantuan ke wilayah tersebut.