Iran akui terima mesej, nafi rundingan dengan AS

2026-03-24    HaiPress

Foto AFP

TEHRAN,24 Mac – Kementerian Luar Iran memaklumkan pihaknya menerima mesej melalui beberapa negara sahabat berhubung permintaan Amerika Syarikat untuk mengadakan rundingan.

RINGKASAN BERITA AI

Jurucakapnya,Esmaeil Baqaei berkata mesej itu menunjukkan permintaan Washington bagi rundingan yang bertujuan menamatkan konflik semasa.

Bagaimanapun,beliau menegaskan tiada sebarang rundingan atau perbincangan berlaku antara Iran dengan Amerika Syarikat sepanjang 24 hari konflik berkenaan.-AFP