KPWKM sasar 150,000 peserta kanak-kanak sertai program advokasi perlindungan

2025-06-20    IDOPRESS

Foto hiasan

KOTA KINABALU,20 Jun- Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat menyasarkan seramai 150,000 peserta kanak-kanak terlibat Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri,program itu berjaya meningkatkan kefahaman kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Ia dilaksanakan sebagai menyokong komitmen negara untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah penderaan,pengabaian,eksploitasi dan sebarang bahaya selaras Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.

Perkara itu termasuk isu berkaitan buruh kanak-kanak dan tidak bernegara.

Teks ucapan beliau pada Persidangan Advokasi Kanak-Kanak 2025,disampaikan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),Abdul Shukur Abdullah.

Pada tahun lalu,seramai 1,181 kanak-kanak di Sabah memerlukan perlindungan berbanding 954 yang direkodkan pada 2023.

Tahun lalu,sebanyak 337 buah sekolah,dengan lebih 128,000 kanak-kanak dan lebih 189,000 peserta terlibat dalam gerakan kebangsaan untuk perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.