Foto Bernama
ALOR SETAR,5 Mei -Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan penutupan sementara ruang udara Langkawi menjelang berlangsungnya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25).
Menerusi satu hantaran di media sosial CAAM hari ini,penutupan itu bakal dilaksana secara berperingkat,bermula dengan latihan pertunjukan udara dari 6 hingga 14 Meiyang akan berlangsungselama 45 minit,mengikut waktu yang dianggap sesuai oleh Pengurusan CAAM Langkawi.
Dari 15 hingga 19 Mei,latihan akan diadakan bermula8.30 hingga 9.15 pagi dan 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang.
Pertunjukan udara sebenar akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei,mengikut jadual berikut:
i. 20 Mei: 8.30 hingga9.15 pagi dan 12 tengah hari hingga2.30 petang
ii. 21 hingga22 Mei: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang
iii. 23 hingga24 Mei: 10.00 pagi hingga12 tengah hari,dan 2.30 petang hingga4.30 petang
Terdahulu,Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan memaklumkan pesawatnya akan mengadakan latihan penerbangan sempena LIMA’25 bermula esok.
Menurut TUDM,latihan penerbangan itu membabitkan pesawat pejuang,pengangkut dan helikopter melibatkan dua fasa iaitu Fasa 1 bermula 6 hingga 13 Mei di ruang udara Alor Setardan Butterworth manakala Fasa 2 bermula 14 hingga 19 Mei di ruang udara Langkawi.
Bertemakan “Kemajuan Hari Ini,Pencapaian Masa Hadapan”,LIMA’25 yang akan berlangsung di Langkawi itu antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.- Bernama